Powered By Blogger

Thursday, 7 June 2012

SIAPALAH SAYA DI HATI AWAK

AWAK..izinkan saya meluahkan rasa AWAK...maafkan saya andai terasa AWAK...saya sedar diri siapa saya AWAK...saya tahu status diri saya AWAK...saya telah cerminkan diri saya AWAK...saya tahu yang awak menganggap saya tidak lebih dari kawan biasa AWAK...semua itu saya tahu... AWAK...saya hanyalah gagak di rimba,mana mungkin terbang bersama merak kayangan.. AWAK...saya tidak mempunyai apa2,yang saya ada hanya rasa ini AWAK...saya memang tidak layak dan sesuai untuk bersama awak.. AWAK...saya telah sedaya upaya cuba untuk tidak menganggap awak istimewa,tapi..hatikecil ini mengatakan sebaliknya.. AWAK...semakin saya cuba melupakan awak,semakin kuat saya mengingati awak..ENTAH kenapa?saya pun tak tahu.. AWAK...saya tidak tahu kenapa awak begitu dekat di hati ini.. AWAK...maafkan saya kerana menyukai awak.. AWAK...berdosakah saya kerana menyukai awak? AWAK...andainya ini ketentuan takdir,saya doakan awak berbahagia AWAK...jika awak masih mengingati saya,andainya saya sudah tiada lagi di dunia ini...sedekahlah AL-FATIHAH buat saya,tanda kita pernah kenal semasa di dunia ini. AWAK...terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini..walaupun untuk seketika saya tetap rasa bahagia bila mengingati detik detik itu,walaupun kekandang saya berkecil hati dengan apa yang awak lakukan,tapi...saya telah lupakan itu semua,saya telah maafkan awak... AWAK..jasa dan budi awak tinggi puncak gunung..tidak ada nilai untuk saya membayar nya..nak cari memang tak bertemu AWAK...biarlah kisah kisah silam menjadi kenagan..akan saya simpan kemas dalam hati ini AWAK...biarlah saya terseksa,biarlah saya derita,asalkan awak bahagia,asalkan saya tidak lagi menganggu kehidupan awak,asalkan awak tidak perlu lagi melayan kerenah kerenah saya.. AWAK...saya doakan yang TERBAIK untuk awak di dunia mahupun di ahkirat.. SALAM RINDU BUAT MU KAWAN....

Friday, 20 April 2012

DUGAAN dAN UJIAAN KU

Hidupku sagat sangat gembira dek kawan kawan,lagi lagi orang yang ku sayangi ada bersamaku,.lagi memeriahkan kegembiraan ku,aku anggup korbankan masa untuk bersamanya dan menemaninya.. Orang yang saya sanyangi itu sangat sangat istimewa bagi saya,dia sakit,dia mengalami penyakit misteri yang telah dia alami 5 tahun lalu hingga sekarang,dia sangat sangat baik orang nya..dia terkena buatan orang yang tidak bertanggung jawab,melakukan sedemikian atas khianat dengki dan dendam.saya juga terkena..apa yang terjadi padanya adalah untuk membuat dia menderita dan tidak boleh dekat dengan sesiapa pun..termasuk saya sendiri,dia pernah berkata kepada saya ‘klu nk dekat dengan saya,awak kena kuat’.saya cuba kuatkan diri untuk bersamanya.. Hari demi hari,kami tak menentu,dia jdi mudah kepanasan dengan saya seperti kena bakar dengan api setengah badan dia,panas tu sampai menguap nguap.kulit tanggan,tekak,sampailah ke muka,selain itu,dia mudah marah marah,melaung laung mcm kena hysteria,dia menangis tak henti henti.saya pulak hanya mampu membaca ayat kursi kepada dia..setelah kepanasan berkurangan,saya rasa sangat sangat bersalah kerana tidak dapat Bantu and tolong dia ketika dia kepanasan dengan saya.saya amat amat rasa nak tolong dia,cuba lawan gangguan gangguan yang kami hadapi,tapi saya tidak kuat melawan gangguan tu,sebab saya lemah.. Saya cuba kuatkan diri juga dengan membaca AL QURAN.semakain saya baca,semakin saya kuatkan diri semakin lemah saya rasai.sampai badan jdi lemah,tak bersemangat,nk marah saja,mengantuk,kurang bercakap..di saat itu dia cuba kuatkan diri saya,dia berkata’jangat lemah,kalau awak lemah saya lagi lemah’saya cuba lawan dengan kata kata itu. Sampai sekarang saya tidak mengalah lagi,saya sayang sangat sangat kat dia,kadang kadang saya hampir mengalah dengan semua ni,tapi saya tahu Allah ada bersama saya.dia berkata pada saya’awak kena kuat lagi pada saya,awak lelaki,saya perumpuan,saya sakit..tapi saya tak pernah mengalah’walaupun kata kata itu satu nasihat,tpi saya tahu,perit sangat bagi dia..dan dia berkata lagi’otak kita ni jahat,jangan bagi ia menguasai otak kita,jika ia menguasai otak kita,hidup kita akan musnah’lebih kurang macam tu lah…setelah saya kaji balik kata kata itu,memang betul apa yang di beritahu oleh nya.. Saya banyak memberi dia harapan kepada dia,untuk bersamanya selamanya,akan jaga dia sampai dia sembuh..dan akan menjadi seorang suami yang baik suatu hari nanti..tapi harapan tu saya akan tunai kan jika masih panjang umur,kami di uji dengan berbagai ujian dan dugaan yang memerlukan dengan penuh kesabaran. Lama kelamaan kami kurang bercakap,kurang bersama..saya pun tak tahu apa dah jdi,yang saya tahu saya sangat sangat bersalah kepadanya dan diri saya sendiri..sesebelum ini dia ambil berat sangat tentang saya,jaga makan minum saya dan sebagainya.. Setiap kali kami bercakap,dia akan kepanasan,melaung laung kepada saya,dia berkata’jika awak tak percaya dengan gangguan ni untuk buat awak lupa dan cemuh kepada saya,awak tengok lah apa yang akan terjadi’itulah kata kata dia kepada saya,saya percaya dengan semua ni..kami mula jadi rasa renggang.. Dia sangat sangat kecewa dengan saya,sebab saya lemah.dia berkata;jangan buat saya macam ni,saya sakit,kesihatan saya makin merosot,tengok muka ni cekong dah macam mayat hidup dah,saya boleh pergi bila bila masa saja kalau saya tak kuat,kalau awak lemah baik awak pergi tinggalkan saya,memang tak ada mana mana orang pun boleh dengan saya;saya tidak kemana pun,saya masih tetap tunggu dia selamanya..walau apa pun terjadi antara saya dengan dia,saya tetap ingin kan dia,saya amat amat bertuah mengenalinya,dia sangat sangat istimewa bagi saya..setiap kali selepas sembahyang,saya tak lupa doa kan dia,YA ALLAH,lindungilah dia dari segala gangguan gangguan dari perbuatan orang yang membelakangi mu ya allah,beri lah petunjuk taufiq dan hidayah mu kepada orang2 yang dengki,dendam,khianat dan menyakiti dia ya allah.berilah kesembuhanan keatas penyakit nya,sesungguh nya engkau maha mengetahui segala urusan hamba mu ya allah.berikan lah kekuatan kepada kami,semangat dan ketabahan untuk menepuhi segala ujian mu ya allah.dugaan mu terlalu besar bagi kami,aku meminta dan memohon kepada mu,agar ringgan kan lah ujian dan dugaan mu keatas kami,kerana ia luar kemampuan kami..sesungguhnya engkau maha mendengar lagi maha mengetahui .amin. Dia pernah berkata kepada saya;awk dah tak macam dulu,berbeza sangat sangat dah,dulu awak ubat saya,sekarang awak buat saya macam ni,awak nak saya mati’saya berkata,saya nak awak hidup untuk bersama saya,dulu saya memang ubat awak,tpi sekarang,saya dah jadi racun pada awak,saya nk jdi ubat awak selamanya,saya tak nak jadi racun..gangguan tak pernah berhenti,tapi makin menambah.. Sekarang saya imbas kembali perjalanan kami..tidak semudah yang di sangka..saya kena kuat,buang negative ambil positive..sekarang saya sendiri yang kena kuatkan diri saya sendiri,tak ada sesiapa yang boleh kuatkan diri kite melainkan kite sendiri..hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..itulah kata kata yang saya pegang sekarang,tapi semuanya dah terlambat,saya buat dia kecewa,yang tak dapat dia lupakan dan tidak ada lagi peluang bagi saya,kerana sudah banyak dia bagi peluang pada saya,tapi saya hampakan peluang2 tu..saya terpaksa membawa diri,kawan2 pun dah jadi lawan,walau macam mana pun mereka tetap kawan saya,sekali saya berkawan selamanya jadi kawan saya.. p/s:hargailah peluang2 yang ada,kerana peluang hanya datang sekali,dan hagailah orang yang menyangi kite,jangan sesekali hampa kan dia,sekali ia pergi ia tidak akan datang kembali.menyesal pun dah guna,betul kata2 dia,lelaki kena kuat lagi dari perumpuan..kerana lelaki akan jadi ketua suatu hari nanti.walau macam mana pun kawan kite,ia tetap kawan kite selamanya..kepada orang yang saya sayangi,saya tetap tidak melupakan mu,wajah mu sentiasa tersimpan dalam memory saya,minta ampun dan maaf jika ada tersalah taip,harap kite dirahmati allah,amin

Tuesday, 17 January 2012

hidup ku dalam ketakutan

hidup ku sentiasa dlm ketakutan,aku tkut kehilang insan yg aku sygi dan kasihi,aku dh x blh pikir benda lain selain dia,kerana dia kekuatan and semangat ku..setiap kali dia ada disisiku..aku terasa amat bahagia..bila dia
 jauh dari ku..aku rasa kehilangan dia.."YA ALLAH" bantu la hamba mu ini,aku syg and kasih pada dia kerana
 mu ya allah.berilah aku peluang utk bersamanya di dunia dan di ahkirat..bagiku dia la yg boleh bimbing aku ke
 jalan mu ya allah..setiap kali aku teringat pdaNya,aku teringat pada mu ya allah..hanya kepadamu aku
 bermohon,hanya kepadamu aku meminta,hanya kepada mu aku bersujud.kerana engkau yg tahu segala
 galanya.

 aku dah tak sanggup melihat dia hdup dlm derita.aku ingin bantu insan ini,demi masa depan kami ya allah.
 buka la pintu hatinya,kuatkan semangat nya,lindungilah dia dari segala musibah.kepadamu aku berserah.
  setiap kali aku melihat dia menangis,hati ku turut menangis,aku dh x sanggup dia mengalirkan air mata setiap
 hari,berilah kekuatan padaku untuk membantu dia dari segala ujianmu ya allah..bila aku tengok dia.senyum,aku teramat amat gembira,ibarat dia sinar cahaya(nur)bagiku..aku ikhlas merimanya kerana mu ya allah..

ahkir kata,
kasih sayang dan keikhlasan tidak boleh di beli.
kepada insan itu,aku sgt menyayangimu ikhlas kerana allah ta'ala.
aku doa kan moga allah buka hati awak.semoga hati dan perasaan ikhlas
dan di redhai allah ta'ala.amin..hidup takkan sempurna jika tidak ada ujian allah,
sbb ujian itulah yg banyak mengubah kite..

Tuesday, 3 January 2012

Zikir, doa dan tawakal penawar tekanan perasaan


Zikir, doa dan tawakal penawar tekanan perasaan

TEKANAN perasaan adalah antara penyakit dalaman yang banyak dihidapi manusia zaman ini. Walaupun ia adalah masalah rohani manusia, penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan fizikal lain seperti tekanan darah tinggi, jantung dan sakit kepala jika tidak diatasi segera.
Masalah tekanan yang tidak kritikal masih boleh memberi kesan negatif kepada tingkah laku manusia seperti tidak tenteram, bertindak agresif di tempat kerja atau rumah.
Sebagai manusia biasa, setiap daripada kita tidak mungkin terlepas daripada masalah tekanan. Cuma yang berbeza ialah keupayaan menangani tekanan. Ada yang mampu mengawal dengan baik dan ada yang gagal, menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan, tingkah laku dan psikologi.
Tekanan perasaan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya terlalu memikirkan sesuatu yang tidak pasti dan cuba mengawal keadaan yang masih belum berlaku. Seseorang yang kehilangan sesuatu atau individu disayanginya dan tidak mampu menerima hakikat itu juga akan merasa tertekan.
Tekanan perasaan juga boleh berlaku apabila wujud konflik antara keinginan diri dan pertimbangan akal seseorang. Contohnya, seseorang yang ingin memenuhi keseronokan dirinya dan pada waktu sama menyedari bahawa dia perlu menerima kebenaran perbuatan itu salah di sisi agama.
Al-Quran memberi panduan kepada kita bagaimana menghadapi situasi sebegini. Kehilangan dalam hidup adalah ujian Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 155)
Mereka yang sabar menempuh ujian akan mendapat ganjaran baik daripada Allah. Sesungguhnya manusia sebagai makhluk tidak memiliki hak ke atas sesuatu hatta hidupnya sendiri. Segala-galanya daripada Allah dan kepunyaan-Nya.
Maka, tidak seharusnya kita menangisi atau menyesali apa yang tidak kita miliki sama sekali. Kita tidak diberi pengetahuan apa yang akan berlaku. Namun, kita boleh merancang, berusaha dan berdoa serta bertawakal.
Manusia berupaya berusaha dalam ruang lingkup takdir Ilahi bersandarkan pertimbangan akal yang waras dengan panduan wahyu Ilahi. Kita boleh memilih mana yang baik dan mengandaikan kesan daripada tindakan perbuatan kita.
Namun, ketentuan mutlak adalah daripada Allah. Oleh itu, usahlah terlalu bimbangkan sesuatu yang kita tidak pasti dan sesuatu yang tidak mampu kita kawal. Kebimbangan sebegini hanya akan memberi lebih tekanan kepada kita.
Sebagai makhluk bernama manusia yang terdiri daripada unsur rohani dan jasmani, kita tidak akan bebas daripada konflik dalaman. Setiap daripada kita dijadikan bersama unsur nafsu yang secara fitrah menyediakan segala macam keinginan.
Semua itu jika tidak dikawal iman dan akal yang waras, sudah tentu akan menjadi kesempatan hasutan syaitan dengan janjinya untuk menyesatkan umat manusia. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah Yusuf, ayat 53)
Nafsu amarah cenderung kepada keseronokan dan sifat mazmumah yang membawa manusia kepada kehancuran seperti marah, hasad, tamak dan penipuan. Dalam keadaan nafsu menguasai seseorang, hanya kepuasan diri dan keegoan akan bertakhta.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Musuhmu yang paling utama ialah nafsu jahat yang ada dalam dirimu.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Islam memberikan panduan yang sebaiknya dan bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia dalam usaha mengelakkan dan menghadapi tekanan. Dalam keadaan tertekan dan keresahan menghadapi ujian Allah, perlu lebih banyak mengingati-Nya.
Allah berfirman yang bermaksud:
“(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra‘d, ayat 28)
Seterusnya, perbanyakkan permohonan kepada Allah dan bertawakal kepadanya. Allah berfirman yang bermaksud:
“Hai orang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)
Ini disusuli semula dengan sentiasa memohon keampunan Allah dan bertaubat daripada kesalahan. Selain itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah yang kita hadapi.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tiada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah al-Ra‘d, ayat 11)
Tekanan perasaan sebenarnya berpunca daripada lemahnya daya tahan spiritual dan ketidakseimbangan aspek dalaman kita. Konflik dalaman yang berterusan akan mengakibatkan tekanan bertambah seterusnya melahirkan pelbagai perlakuan salah hingga mengganggu kesihatan.
Kedamaian spiritual hanya boleh dicapai dengan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah, ingatan yang berterusan kepada-Nya. Permintaan yang mutlak daripada-Nya serta permohonan keampunan tidak kira ketika senang, mahupun susah membantu menghadapi tekanan.

tawakal perlu disertai usaha

Tawakal perlu disertai usaha

REZEKI secupak tidak menjadi segantang. Begitulah bunyi kata-kata orang yang tidak bermotivasi dan tidak memahami anjuran Islam. Silap faham mengenai tawakal mengakibatkan silap faham dalam bertindak. Orang Islam dulu cemerlang sebab mereka memahami erti dan tuntutan tawakal, iaitu berserah diri pada Allah selepas ikhtiar dan melakukan perancangan.
Tawakal juga berserah pada Allah yang menentukan hasil. Hasil pula tidak termakbul tanpa usaha. Justeru, makna tawakal juga ialah berusaha sehabis tenaga barulah kita layak bertawakal.
Tawakal ialah ibadat hati yang diawali dengan ibadat. Kerja adalah ibadat. Orang yang tidak beribadat akan kurang bergantung kepada Allah , malah silap memahami erti berserah.
Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Nabi s.a.w. Lalu Nabi bertanya: “Kamu datang dengan apa?” Jawab lelaki itu: “Dengan unta. Aku biarkan di luar dan aku bertawakal.” Nabi berkata: “Ikat dulu, baru tawakal.”
Jelas, tawakal adalah berserah dan berusaha. Tetapi ada orang berusaha tetapi tidak berserah pada Allah . Sesetengahnya pula berserah pada Allah tetapi tidak berusaha.
Kita tidak boleh menyalahkan takdir, sebaliknya yang patut dipersalahkan kita kerana tidak berusaha.
Pepatah Melayu yang menyebut ‘hendak seribu daya tidak hendak 1,000 dalih’ sebenarnya silap.
Konsep takdir dan tawakal sepatutnya mereka tidak banyak dalih, tetapi banyak cara dan pepatah itu sepatutnya ditukar kepada hendak seribu daya mahu seribu cara.
Menyalahkan takdir sebenarnya menyalahkan diri sendiri. Pepatah Inggeris menyebut “what you give you get back.” Maknanya, apa yang anda beri, itulah yang anda dapat.
Dalam satu hadis Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak berubah qada melainkan dengan doa.”
Makna doa ialah berusaha. Jika doa tanpa usaha, itu maknanya doa yang salah. Contohnya, kita berdoa: “Ya Allah berilah kebaikan dunia dan akhirat.”
Hendak mendapatkan kebaikan di dunia kena berikhtiar dan hendak keselamatan akhirat mesti juga berusaha. Berusaha mendapatkan syurga dan dijauhi dari api neraka.
Nabi Yusof a.s pernah menghadapi kegawatan kemarau selama tujuh tahun. Baginda berjaya mengubah kemarau itu sebabnya sudah melakukan perancangan selama tujuh tahun lebih awal.
Nabi Muhammad s.a.w mengubah masyarakat Jahiliyah kepada hidayah kerana Nabi mengubahnya dengan ikhtiar selama 23 tahun.
Kecemerlangan bukan pada keajaiban lampu Aladin dan Nabi juga bukan menggunakan mukjizat semata-mata, tetapi ikhtiar.
Cuma ikhtiar ada dua cara, satu halal dan lagi satu cara haram. Jika mahu menjadi orang kaya mesti kuat bekerja dan mengusahakan perniagaan. Ini cara halal.
Tetapi jika mahu kaya cara salah dengan merompak dan menyamun. Ikhtiar juga, tetapi caranya haram, dikutuk masyarakat dan tidak diredai Allah .
Yang secupak menjadi secupak jika ikhtiar kita juga secupak. Sekiranya yang secupak hendak menjadi segantang, usaha biar sesuai dengan matlamat kita.
Pendek kata, silap melakukan tindakan akan tersasar. Dengan memahami konsep tawakal mereka yang mendapat harta tidak akan ego, kerana yang dia dapat adalah pinjaman dari Allah .
Dengan memahami konsep tawakal kita tidak akan berputus asa, sebabnya masa depan kita di dalam rahsia Allah .
Ada orang kata, ulat di dalam batu boleh makan. Biarlah, kita bukannya ulat, malah kita pun hendak mempunyai rumah, kenderaan dan menghirup udara nyaman. Justeru, kita perlu berusaha lebih daripada ulat.

Sunday, 1 January 2012

doa seorang ibu kepada anaknya





Ya Ghaffar, ya Rahim
Kau letakkan di rahim kami anak-anak ini
Kau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang kami
kau percayakan jiwa-jiwa mereka pada bimbingan ruhani kami
Kau hangatkan tubuh-tubuh mereka dengan dekapan cinta kami
Kau besarkan badan-badan mereka dengan aliran air susu kami



Tuhan kami, kami telah sia-siakan kepercayaan-Mu
kesibukan telah menyebabkan kami melupakan amanat-Mu
hawa nafsu telah menyeret kami untuk menelantarkan buah hati kami
tidak sempat kami gerakkan bibir-bibir mereka untuk berzikir kepada-Mu
tidak sempat kami tuntun mereka untuk membesarkan asma-Mu
tidak sempat kami tanamkan dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi-Mu

Kami berlomba mengejar status dan kebanggaan
meninggalkan anak-anak kami dalam kekosongan dan kesepian
Kami memoles wajah-wajah kami dengan kepalsuan
membiarkan anak-anak kami meronta dalam kebisuan
Kami terlena memburu kesenangan
sehingga tak kami dengar lagi mereka menangis manja
sambil memandang kami dengan pandangan cinta
seperti dulu, ketika mereka mengeringkan air mata mereka
dalam kehangatan dada-dada kami

Dosa-dosa kami telah membuat anak-anak kami
menjadi pemberang, pembangkang, dan penentang-Mu
Dosa-dosa kami telah membuat hati mereka
keras, kasar, kejam, dan tidak tahu berterima kasih
Sebelum Engkau ampuni mereka, Ya Allah ampunilah lebih dahulu dosa-dosa kami

Ya Allah, berilah kami peluang untuk mendekap tubuh mereka
dengan dekapan kasih sayang kami
berilah kami waktu untuk melantunkan pada telinga mereka
ayat-ayat Alquran dan Sunnah Nabi-Mu

Berilah kami kesempatan untuk sering menghadap-Mu
dan memohon kepada-Mu seusai salat kami
untuk keselamatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan anak-anak kami

Bangunkan kami di tengah malam untuk merintih kepada-Mu
mengadukan derita dan petaka yang menimpa anak-anak negeri ini.
Izinkan kami membasahi tempat sujud kami
dengan air mata penyesalan akan kelalaian kami

Ya Allah, ya Jabbar, ya Ghaffar
Anugerahkan kepada kami para pemimpin kami kearifan
untuk mendidik anak-anak negeri ini dalam
kesalehan Berikan kepada mereka petunjuk-Mu
sehingga mereka menjadi suri teladan bagi kami dan anak-anak kami
Limpahkan kepada mereka perlindungan-Mu
supaya mereka melindungi kami dengan keadilan-Mu
Jauhkan mereka dari kezaliman
sehingga kami dapat mengabdi-Mu dengan tentram dan aman

Ya Rahman, ya Rahim
Indahkan kehidupan kami dengan kesalehan anak-anak kami
Peliharalah anak-anak kami yang kecil
Kuatkanlah anak-anak kami yang lemah
Sucikan kalbu mereka
Bersihkan kehormatan mereka
Sehatkan badan mereka
Cerdaskan akal mereka
Indahkan akhlak mereka
Gabungkanlah mereka bersama orang-orang yang bertakwa kepada-Mu
yang mencintai Nabi-Mu, keluarganya yang suci, dan sahabatnya yang mulia
yang berbakti kepada orangtuanya yang bermanfaat kepada bangsanya
yang berkhidmat kepada sesama manusia

Wahai Zat yang nama-Nya menjadi pengobat
yang sebutan-Nya penyembuhan
yang ketaatan-Nya kecukupan
sayangi kami yang modalnya hanya harapan
dan senjatanya hanya tangisan