hidup ku sentiasa dlm ketakutan,aku tkut kehilang insan yg aku sygi dan kasihi,aku dh x blh pikir benda lain selain dia,kerana dia kekuatan and semangat ku..setiap kali dia ada disisiku..aku terasa amat bahagia..bila dia
jauh dari ku..aku rasa kehilangan dia.."YA ALLAH" bantu la hamba mu ini,aku syg and kasih pada dia kerana
mu ya allah.berilah aku peluang utk bersamanya di dunia dan di ahkirat..bagiku dia la yg boleh bimbing aku ke
jalan mu ya allah..setiap kali aku teringat pdaNya,aku teringat pada mu ya allah..hanya kepadamu aku
bermohon,hanya kepadamu aku meminta,hanya kepada mu aku bersujud.kerana engkau yg tahu segala
galanya.
aku dah tak sanggup melihat dia hdup dlm derita.aku ingin bantu insan ini,demi masa depan kami ya allah.
buka la pintu hatinya,kuatkan semangat nya,lindungilah dia dari segala musibah.kepadamu aku berserah.
setiap kali aku melihat dia menangis,hati ku turut menangis,aku dh x sanggup dia mengalirkan air mata setiap
hari,berilah kekuatan padaku untuk membantu dia dari segala ujianmu ya allah..bila aku tengok dia.senyum,aku teramat amat gembira,ibarat dia sinar cahaya(nur)bagiku..aku ikhlas merimanya kerana mu ya allah..
ahkir kata,
kasih sayang dan keikhlasan tidak boleh di beli.
kepada insan itu,aku sgt menyayangimu ikhlas kerana allah ta'ala.
aku doa kan moga allah buka hati awak.semoga hati dan perasaan ikhlas
dan di redhai allah ta'ala.amin..hidup takkan sempurna jika tidak ada ujian allah,
Tuesday, 17 January 2012
Tuesday, 3 January 2012
Zikir, doa dan tawakal penawar tekanan perasaan
Zikir, doa dan tawakal penawar tekanan perasaan
TEKANAN perasaan adalah antara penyakit dalaman yang banyak dihidapi manusia zaman ini. Walaupun ia adalah masalah rohani manusia, penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan fizikal lain seperti tekanan darah tinggi, jantung dan sakit kepala jika tidak diatasi segera.Masalah tekanan yang tidak kritikal masih boleh memberi kesan negatif kepada tingkah laku manusia seperti tidak tenteram, bertindak agresif di tempat kerja atau rumah.
Sebagai manusia biasa, setiap daripada kita tidak mungkin terlepas daripada masalah tekanan. Cuma yang berbeza ialah keupayaan menangani tekanan. Ada yang mampu mengawal dengan baik dan ada yang gagal, menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan, tingkah laku dan psikologi.
Tekanan perasaan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya terlalu memikirkan sesuatu yang tidak pasti dan cuba mengawal keadaan yang masih belum berlaku. Seseorang yang kehilangan sesuatu atau individu disayanginya dan tidak mampu menerima hakikat itu juga akan merasa tertekan.
Tekanan perasaan juga boleh berlaku apabila wujud konflik antara keinginan diri dan pertimbangan akal seseorang. Contohnya, seseorang yang ingin memenuhi keseronokan dirinya dan pada waktu sama menyedari bahawa dia perlu menerima kebenaran perbuatan itu salah di sisi agama.
Al-Quran memberi panduan kepada kita bagaimana menghadapi situasi sebegini. Kehilangan dalam hidup adalah ujian Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 155)Mereka yang sabar menempuh ujian akan mendapat ganjaran baik daripada Allah. Sesungguhnya manusia sebagai makhluk tidak memiliki hak ke atas sesuatu hatta hidupnya sendiri. Segala-galanya daripada Allah dan kepunyaan-Nya.
Maka, tidak seharusnya kita menangisi atau menyesali apa yang tidak kita miliki sama sekali. Kita tidak diberi pengetahuan apa yang akan berlaku. Namun, kita boleh merancang, berusaha dan berdoa serta bertawakal.
Manusia berupaya berusaha dalam ruang lingkup takdir Ilahi bersandarkan pertimbangan akal yang waras dengan panduan wahyu Ilahi. Kita boleh memilih mana yang baik dan mengandaikan kesan daripada tindakan perbuatan kita.
Namun, ketentuan mutlak adalah daripada Allah. Oleh itu, usahlah terlalu bimbangkan sesuatu yang kita tidak pasti dan sesuatu yang tidak mampu kita kawal. Kebimbangan sebegini hanya akan memberi lebih tekanan kepada kita.
Sebagai makhluk bernama manusia yang terdiri daripada unsur rohani dan jasmani, kita tidak akan bebas daripada konflik dalaman. Setiap daripada kita dijadikan bersama unsur nafsu yang secara fitrah menyediakan segala macam keinginan.
Semua itu jika tidak dikawal iman dan akal yang waras, sudah tentu akan menjadi kesempatan hasutan syaitan dengan janjinya untuk menyesatkan umat manusia. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah Yusuf, ayat 53)Nafsu amarah cenderung kepada keseronokan dan sifat mazmumah yang membawa manusia kepada kehancuran seperti marah, hasad, tamak dan penipuan. Dalam keadaan nafsu menguasai seseorang, hanya kepuasan diri dan keegoan akan bertakhta.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Musuhmu yang paling utama ialah nafsu jahat yang ada dalam dirimu.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)Islam memberikan panduan yang sebaiknya dan bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia dalam usaha mengelakkan dan menghadapi tekanan. Dalam keadaan tertekan dan keresahan menghadapi ujian Allah, perlu lebih banyak mengingati-Nya.
Allah berfirman yang bermaksud:
“(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra‘d, ayat 28)Seterusnya, perbanyakkan permohonan kepada Allah dan bertawakal kepadanya. Allah berfirman yang bermaksud:
“Hai orang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)Ini disusuli semula dengan sentiasa memohon keampunan Allah dan bertaubat daripada kesalahan. Selain itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah yang kita hadapi.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tiada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah al-Ra‘d, ayat 11)Tekanan perasaan sebenarnya berpunca daripada lemahnya daya tahan spiritual dan ketidakseimbangan aspek dalaman kita. Konflik dalaman yang berterusan akan mengakibatkan tekanan bertambah seterusnya melahirkan pelbagai perlakuan salah hingga mengganggu kesihatan.
Kedamaian spiritual hanya boleh dicapai dengan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah, ingatan yang berterusan kepada-Nya. Permintaan yang mutlak daripada-Nya serta permohonan keampunan tidak kira ketika senang, mahupun susah membantu menghadapi tekanan.
tawakal perlu disertai usaha
Tawakal perlu disertai usaha
REZEKI secupak tidak menjadi segantang. Begitulah bunyi kata-kata orang yang tidak bermotivasi dan tidak memahami anjuran Islam. Silap faham mengenai tawakal mengakibatkan silap faham dalam bertindak. Orang Islam dulu cemerlang sebab mereka memahami erti dan tuntutan tawakal, iaitu berserah diri pada Allah selepas ikhtiar dan melakukan perancangan.Tawakal juga berserah pada Allah yang menentukan hasil. Hasil pula tidak termakbul tanpa usaha. Justeru, makna tawakal juga ialah berusaha sehabis tenaga barulah kita layak bertawakal.
Tawakal ialah ibadat hati yang diawali dengan ibadat. Kerja adalah ibadat. Orang yang tidak beribadat akan kurang bergantung kepada Allah , malah silap memahami erti berserah.
Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Nabi s.a.w. Lalu Nabi bertanya: “Kamu datang dengan apa?†Jawab lelaki itu: “Dengan unta. Aku biarkan di luar dan aku bertawakal.†Nabi berkata: “Ikat dulu, baru tawakal.â€
Jelas, tawakal adalah berserah dan berusaha. Tetapi ada orang berusaha tetapi tidak berserah pada Allah . Sesetengahnya pula berserah pada Allah tetapi tidak berusaha.
Kita tidak boleh menyalahkan takdir, sebaliknya yang patut dipersalahkan kita kerana tidak berusaha.
Pepatah Melayu yang menyebut ‘hendak seribu daya tidak hendak 1,000 dalih’ sebenarnya silap.
Konsep takdir dan tawakal sepatutnya mereka tidak banyak dalih, tetapi banyak cara dan pepatah itu sepatutnya ditukar kepada hendak seribu daya mahu seribu cara.
Menyalahkan takdir sebenarnya menyalahkan diri sendiri. Pepatah Inggeris menyebut “what you give you get back.†Maknanya, apa yang anda beri, itulah yang anda dapat.
Dalam satu hadis Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak berubah qada melainkan dengan doa.â€
Makna doa ialah berusaha. Jika doa tanpa usaha, itu maknanya doa yang salah. Contohnya, kita berdoa: “Ya Allah berilah kebaikan dunia dan akhirat.â€
Hendak mendapatkan kebaikan di dunia kena berikhtiar dan hendak keselamatan akhirat mesti juga berusaha. Berusaha mendapatkan syurga dan dijauhi dari api neraka.
Nabi Yusof a.s pernah menghadapi kegawatan kemarau selama tujuh tahun. Baginda berjaya mengubah kemarau itu sebabnya sudah melakukan perancangan selama tujuh tahun lebih awal.
Nabi Muhammad s.a.w mengubah masyarakat Jahiliyah kepada hidayah kerana Nabi mengubahnya dengan ikhtiar selama 23 tahun.
Kecemerlangan bukan pada keajaiban lampu Aladin dan Nabi juga bukan menggunakan mukjizat semata-mata, tetapi ikhtiar.
Cuma ikhtiar ada dua cara, satu halal dan lagi satu cara haram. Jika mahu menjadi orang kaya mesti kuat bekerja dan mengusahakan perniagaan. Ini cara halal.
Tetapi jika mahu kaya cara salah dengan merompak dan menyamun. Ikhtiar juga, tetapi caranya haram, dikutuk masyarakat dan tidak diredai Allah .
Yang secupak menjadi secupak jika ikhtiar kita juga secupak. Sekiranya yang secupak hendak menjadi segantang, usaha biar sesuai dengan matlamat kita.
Pendek kata, silap melakukan tindakan akan tersasar. Dengan memahami konsep tawakal mereka yang mendapat harta tidak akan ego, kerana yang dia dapat adalah pinjaman dari Allah .
Dengan memahami konsep tawakal kita tidak akan berputus asa, sebabnya masa depan kita di dalam rahsia Allah .
Ada orang kata, ulat di dalam batu boleh makan. Biarlah, kita bukannya ulat, malah kita pun hendak mempunyai rumah, kenderaan dan menghirup udara nyaman. Justeru, kita perlu berusaha lebih daripada ulat.
Sunday, 1 January 2012
doa seorang ibu kepada anaknya
Ya Ghaffar, ya Rahim
Kau letakkan di rahim kami anak-anak ini
Kau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang kami
kau percayakan jiwa-jiwa mereka pada bimbingan ruhani kami
Kau hangatkan tubuh-tubuh mereka dengan dekapan cinta kami
Kau besarkan badan-badan mereka dengan aliran air susu kami
Tuhan kami, kami telah sia-siakan kepercayaan-Mu
kesibukan telah menyebabkan kami melupakan amanat-Mu
hawa nafsu telah menyeret kami untuk menelantarkan buah hati kami
tidak sempat kami gerakkan bibir-bibir mereka untuk berzikir kepada-Mu
tidak sempat kami tuntun mereka untuk membesarkan asma-Mu
tidak sempat kami tanamkan dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi-Mu
Kami berlomba mengejar status dan kebanggaan
meninggalkan anak-anak kami dalam kekosongan dan kesepian
Kami memoles wajah-wajah kami dengan kepalsuan
membiarkan anak-anak kami meronta dalam kebisuan
Kami terlena memburu kesenangan
sehingga tak kami dengar lagi mereka menangis manja
sambil memandang kami dengan pandangan cinta
seperti dulu, ketika mereka mengeringkan air mata mereka
dalam kehangatan dada-dada kami
Dosa-dosa kami telah membuat anak-anak kami
menjadi pemberang, pembangkang, dan penentang-Mu
Dosa-dosa kami telah membuat hati mereka
keras, kasar, kejam, dan tidak tahu berterima kasih
Sebelum Engkau ampuni mereka, Ya Allah ampunilah lebih dahulu dosa-dosa kami
Ya Allah, berilah kami peluang untuk mendekap tubuh mereka
dengan dekapan kasih sayang kami
berilah kami waktu untuk melantunkan pada telinga mereka
ayat-ayat Alquran dan Sunnah Nabi-Mu
Berilah kami kesempatan untuk sering menghadap-Mu
dan memohon kepada-Mu seusai salat kami
untuk keselamatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan anak-anak kami
Bangunkan kami di tengah malam untuk merintih kepada-Mu
mengadukan derita dan petaka yang menimpa anak-anak negeri ini.
Izinkan kami membasahi tempat sujud kami
dengan air mata penyesalan akan kelalaian kami
Ya Allah, ya Jabbar, ya Ghaffar
Anugerahkan kepada kami para pemimpin kami kearifan
untuk mendidik anak-anak negeri ini dalam
kesalehan Berikan kepada mereka petunjuk-Mu
sehingga mereka menjadi suri teladan bagi kami dan anak-anak kami
Limpahkan kepada mereka perlindungan-Mu
supaya mereka melindungi kami dengan keadilan-Mu
Jauhkan mereka dari kezaliman
sehingga kami dapat mengabdi-Mu dengan tentram dan aman
Ya Rahman, ya Rahim
Indahkan kehidupan kami dengan kesalehan anak-anak kami
Peliharalah anak-anak kami yang kecil
Kuatkanlah anak-anak kami yang lemah
Sucikan kalbu mereka
Bersihkan kehormatan mereka
Sehatkan badan mereka
Cerdaskan akal mereka
Indahkan akhlak mereka
Gabungkanlah mereka bersama orang-orang yang bertakwa kepada-Mu
yang mencintai Nabi-Mu, keluarganya yang suci, dan sahabatnya yang mulia
yang berbakti kepada orangtuanya yang bermanfaat kepada bangsanya
yang berkhidmat kepada sesama manusia
Wahai Zat yang nama-Nya menjadi pengobat
yang sebutan-Nya penyembuhan
yang ketaatan-Nya kecukupan
sayangi kami yang modalnya hanya harapan
dan senjatanya hanya tangisan
Subscribe to:
Comments (Atom)

